Selamat datang ke blog JEJAKWARIS
JEJAKWARIS adalah satu ruang untuk saya merekodkan setiap pengkajian dan perjalanan saya dalam mencari susurgalur waris saya sebelah Ayah, Ibu dan Isteri. Disamping itu juga di dalam proses mencari ini pasti banyak kisah-kisah sejarah ditemui di negeri Kedah yang cukup menarik minat saya untuk dirungkai dan dipersembahkan kepada sahabat-sahabat pengunjung untuk sama-sama kita jadikan tauladan dan manfaat.
Selain itu saya juga seorang pencinta seni senjata melayu terutama keris dan sundang. Kecintaan ini tidak terbatas disini sahaja kerana semua ini berkait rapat dan pencarian ini sudah pasti akan menerokai kisah-kisah sejarah, pengembangan agama Islam, pertempuran, adat resam dan budaya masyarakat melayu. Saya hanya ingin mencari siapakah diri saya dengan mencari asal usul keluarga dan secangkir kisah tanah tumpah darah tercinta KEDAH DARUL AMAN. Wasalam SKOP KAJIANJEJAKWARIS akan terbahagikan kepada dua skop kajian, iaitu kajian tentang Salasilah Keluarga dan kajian Sejarah Kedah. Bagi yang mempunyai maklumat seperti lokasi makam lama, orang yang tahu kisah sejarah setempat, kawasan pertempuran lama, penyimpan senjata lama dan sebagainya yang berkaitan sejarah Kedah boleh dimaklumkan melalui email fairus@corepixel.com untuk dijadikan rujukan kajian dan saya akan berkongsi kembali di blog ini untuk manfaat bersama.
TERKINIMAY 2012
1. Jejak Ulama: Jasa Ulama dan Panglima Banjar di Kedah 2. Punca Francis Light menguasai perairan Kedah & Pulau Pinang FEBRUARI 2012 1. Jejak Salasilah: Makam Moyang Tok Salam di Rembau Negeri Sembilan 2. Jejak Ulama: Sheikh Haji Ishak Pulau Pisang JANUARI 2012 Untuk dimahar/jual sebilah Keris Bugis Lok 5, Sundang Melayu dan Badik Pusar campuran 7 jenis besi. Klik ruangan eKedai. NOVEMBER 2011 1. Jejak Salasilah: Sheikh Haji Ahmad B. Haji Mohamad Nor ulamak Kedah abad ke-21 2. Jejak Makam: Tok SENA bangsawan Perlis Indra Kayangan SEPTEMBER 2011 1. Jejak Monumen: Istana Sepachendera 2. Jejak Makam: Sheikh Abdul Jalil arkitek Kota Kuala Kedah OGOS 2011 1. Jejak Makam: Tok Geragak/Gergut 2. Sebelum Anglo SIAM 1909 JUN 2011 1. Salasilah: Tok Bendang Daya 2. Jejak Makam: Tok Cengkoi MAY 2011 1. Jejak Makam: 3 Makam Purba Kg.Malau 2. Jejak Kota: Kota Keran Arau Perlis APRIL 2011 1. Anak Bukit penempatan DiRaja? 2. Jejak Makam: Makam Purba di Kota Bukit Pinang MAC 2011 1. Jejak Makam: Merong Mahawangsa? 2. Jejak Makam: Makam Tok Jame @ Surya Marin @ Tok Jambi @ Tengku Sulung 3. Jejak Lokasi: Kota Mengkuang dan cebisan senibina melayu FEBUARI 2011 1. Jejak Makam: Tok Bomoh Gajah di KOTA NAGA 2. Jejak Kota: Kota Kuala Kedah 3: Siri Peta 1: Pusat Pemerintahan dan kawasan bersejarah sekitar Kepala Batas, Kedah. JANUARI 2011 1. Jejak Lokasi: Gua Kerbau lokasi rahsia hulubalang Kedah 2. Siapakah pemilik Makam Purba di perkarangan TDC Kedah? 3. Kajian jejakwaris.com dalam KOSMO Ahad 2 Januari 2011 DESEMBER 2010 1. Update terkini kisah Puteri Lindungan Bulan punca Aceh menyerang Kedah 2. Kisah TOK PASAI Ulama Perang yang syahid di Kuala Kedah menentang kafir Thai OKTOBER 2010 1. Catatan kisah MAKAM Purba TOK RAMA di Kota Sejana Kg.ALOR GANU, Kepala Batas Kedah. 2. Istana Raja Bersiung di Bukit Tinggi. 3. Salasilah keluarga yang ditulis pada sebidang kertas lama serta kain Wafak milik moyang. JULAI 2010 Akan pulang ke Kedah untuk bertemu Syed Abdilah (Paksu Lah) untuk melihat salasilah keluarga Al‐Jefri, menziarah tapak Istana dan Perigi Tunku Anom di Kg. Pulau Pisang dan ziarah kubur lama yang dikatakan milik seorang Raja bernama Raja Yala di Bukit Pinang. MAY 2010 Program ziarah bertemu Paklong Mahadir di Kangar Perlis begitu bermakna. Beliau melengkapkan pencarian salasilah sebelah Isteri moyang yang bernama Tok Sibah. Moyang SIBAH berketurunan minang, moyang beliau berhijrah ke Rembau pada tahun 1750an. Aktiviti 'DIGGING KEDAH HISTORY' kali ini membawa aku ke Gua Kerbau, Kodiang Kedah yang dikatakan menjadi tempat pertapaan dan persediaan pahlawan‐pahlawan Kedah dahulu kala bagi persiapan menyerang SIAM. Diketuai oleh Tunku Anom Ibni Tunku Abdul Rahman Raja Kubang Pasu. Meneroka dan menyelidik kisah KG ALOR GANU yang dikatakan penempatan para bangsawan dan perkampungan orang‐orang Istana. PeringatanIni adalah peringatan tanpa prejudis. Adalah dimaklumkan setiap artikel, maklumat dan foto didalam blog ini adalah hak milik JEJAKWARIS. Bagi kegunaan perkongsian informasi bagi tujuan menyerbarkan ilmu dari rakan pengkaji atau individu yang berminat adalah dialu-alukan namun selepas memohon kebenaran melalui email fairus@corepixel.com.
Bagi kegunaan komersil atau mampu menjana pendapatan adalah amat dilarang. Tindakan undang-undang boleh dikenakan namun tertakluk kepada budi bicara. Harap maklum. |
Waktu Sekarang
Faktor utama mengkaji SalasilahAda beberapa persoalan yang timbul membuatkan saya nekad mencari jawapan, antaranya seperti dibawah:
1. Ayah menceritakan moyang yang bernama MEGAT AHMAD adalah orang istana (Istana Anak Bukit Kedah) melalui pemakaiannya dan sering masuk ke Istana, Benarkah kisah ini? Apakah pekerjaannya? Apakah Buktinya?. 2. Ayah adalah anak kelahiran Kg. ALOR GANU, Kepala Batas Kedah. Kg Alor Ganu dikatakan penempatan orang-orang istana dan bangsawan dahulukala serta kubu kuat SIAM semasa menyerang Kedah, benarkah kisah ini? 3. Isteri yang bernama Sharifah Nor Akmar Bt. Syed Noh Al-Idrus dikatakan mempunyai pertalian darah, betul kah? 4. Kedah didakwa berperang dengan SIAM, bagaimana kisah perperangan ini?. 5. Great-great Moyang bernama IBRAHIM dikatakan salah seorang mahaguru persilatan minangkabau, betul ke kisah ini? Banyak lagi sebab-sebab, antaranya kisah kerajaan Patani, Kisah Raja Jala (Yala), Kawasan perkuburan Lama di Kota Sejana, Peristiwa Musuh Bisik 1821, Kota Naga dan sebagainya...insyaAllah akan dikupas dalam JEJAKWARIS. Unique visitor starting from 1.1.2011
|
